Sunday, July 5, 2009

PULUT KUNING

Pulut kuning merupakan sajian istimewa masyarakat melayu zaman dahulu. Pulut yang direndam bersama air kunyit menjadikan warnanya berubah. Pada masa dahulu, kunyit merupakan salah satu bahan pewarna yang mudah di perolehi.. Pulut Kuning biasanya dimakan bersama rendang / gulai ayam, daging atau sambal tumis pada hari-hari istimewa, seperti hari perkahwinan, dan lain-lain majlis keramaian.

Dalam teks Sejarah Melayu, warna kuning melambangkan warna diraja. Pulut kuning dimuliakan dan mendapat tempat dalam Masyarakat Melayu. Menjadi makanan kemestian bagi upacara menyembah ancak, tetapi kini tidak dilakukan lagi. Pulut kuning juga mempunyai hubungan ritual keagamaan serta pengubatan dalam budaya masyarakat Melayu dahulu.

Di dalam majlis perkahwinan, ‘bunga pahar’ iaitu bunga telur yang di cucuk di atas pulut dan di hias di pelamin melambangkan pengantin begitu di hormati sesuai dengan gelaran “raja” sehari. Dalam upacara ritual keagamaan seperti majlis berkhatam al-Qur’an, berkhatan, cukur rambut, dan sebagainya. Pemberian Pulut kuning menjadi suatu kelaziman kepada tetamu sebagai buah tangan juga tanda penghargaan tuan rumah serta menyampaikan ucapan terima kasih. Tanpa pemberian pulut kuning, majlis tersebut akan hilang serinya.
Pulut Kuning juga di gunakan oleh bomoh, pawang atau dukun dalam upacara pengubatan tradisional sebagai ‘pengeras’, dan sebagai hidangan juga untuk berhubung dengan makhlukh dari alam lain. Bahan seperti telur, limau nipis, dan sebagainya turut di senaraikan bersama. Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang mana banyak membawa keburukan dari kebaikan.
Arus pemodenan telah mengubah cara hidup masyarakat kota menyebabkan Pulut Kuning makin lama makin di lupai oleh generasi masa kini. Kesimpulannya, pulut kuning boleh memainkan peranan yang besar dalam mengembalikan semula semangat hidup bermasyarakat di kalangan orang melayu yang kini semakin pupus, terutamanya di bandar.


No comments:

Post a Comment