
Monday, July 27, 2009
Sunday, July 5, 2009
PULUT KUNING


Pulut kuning merupakan sajian istimewa masyarakat melayu zaman dahulu. Pulut yang direndam bersama air kunyit menjadikan warnanya berubah. Pada masa dahulu, kunyit merupakan salah satu bahan pewarna yang mudah di perolehi.. Pulut Kuning biasanya dimakan bersama rendang / gulai ayam, daging atau sambal tumis pada hari-hari istimewa, seperti hari perkahwinan, dan lain-lain
majlis keramaian.

Dalam teks Sejarah Melayu, warna kuning melambangkan warna diraja. Pulut kuning dimuliakan dan mendapat tempat dalam Masyarakat Melayu. Menjadi makanan kemestian bagi upacara menyembah ancak, tetapi kini tidak dilakukan lagi. Pulut kuning juga mempunyai hubungan ritual keagamaan serta pengubatan dalam budaya masyarakat Melayu dahul

Di dalam majlis perkahwinan, ‘bunga pahar’ iaitu bunga telur yang di cucuk di atas pulut dan di hias di pelamin melambangkan pengantin begitu di hormati sesuai dengan gelaran “raja” sehari. Dalam upacara ritual keagamaan seperti majlis berkhatam al-Qur’an, berkhatan, cukur rambut, dan sebagainya. Pemberian Pulut kuning menjadi suatu kelaziman kepada tetamu sebagai buah tangan juga tanda penghargaan tuan rumah serta menyampaikan ucapan terima kasih. Tanpa pemberian pulut kuning, majlis tersebut akan hilang serinya.


Arus pemodenan telah mengubah cara hidup masyarakat kota menyebabkan Pulut Kuning makin lama makin di lupai oleh generasi masa kini. Kesimpulannya, pulut kuning boleh memainkan peranan yang besar dalam mengembalikan semula semangat hidup bermasyarakat di kalangan orang melayu yang kini semakin pupus, terutamanya di bandar.
Wednesday, July 1, 2009
LEMANG
Cooking in bamboo is also method of indegenious people in Malaysia
Lomang ni makanan taditional orang negori.
Makanan orang minangkabau yang duduk di Indonesia dan Malaysia. Masak dalam buluh yang beralehkan daun pisang. Selalu di masak maso mogang poso, Rayo. Di buek dari boreh pulut, santan kelapo dan garam. air nak boto2 sukek eee.
Cukup popular di kalangan Melayu Indonesia dan Malaysia. Lopeh makan lomang kono pulak dengan tapai. Walllahhhh!!!!!
Lemang is usually eaten with rendang. Lemang is also popularly eaten with kuah durian;
Lomang ... rondang judu eee. Rondang yang koring. Bilo di cocah, melokek. ndak2 rondang daging, tesangkut yo.

GULAI DAUN KAYU
Pucuk Ubi, Pucuk Labu, Daun Kunyit, Serai di hiris
Petai, ikan bilis, tempoyak. Cili api, kunyit hidup, santan kelapa, garam

BUNGA DURIAN
Waktu pagi sebelum matahari naik, bunga di kumpulkan agar kelihatan segar dan bewarna putih. Debunganya di buang.
Boleh di masak rendang, di goreng, masak Lemak chili api.
Subscribe to:
Posts (Atom)