Wednesday, December 16, 2009

SAMBAL CILI API

JERING GORENG CILI API
jering hiris nipis dan goreng. Tumis bawang merah&putih, cili kering & api, ikan bilis, hingga kering, toskan














PETAI GORENGCILI API
Petai di kikis dan dihiris. Ikan bilis, bawang merah, bawang putih, chili api di tumbuk lumat, asam keping. Goreng sampai kering





Tuesday, October 6, 2009

Kueh Mueh Muahhhhahhhahh!!


KUEH KOCI
LUAR TEPUNG DALAM INTI
MAKANAN SESUAI UNTUK YANG TAK BERGIGI






KUEH BUAH SOPANG
PANGGILAN BAGI ORANG NEGORI




REBUS UBI KAYU
DIMAKAN BERSAMA MADU / GULA NIRA




UBI KAYU REBUS
ENAK JUGA DI MAKAN BERSAMA
SAMBAL IKAN BILIS
KELAPA PARUT (CAMPUR GARAM)
IKAN MASIN





BUAH KELOPUNG
Gula Enau di potong kiub(isi)
supaya apabila makan bedetup / meletup bila di gigit

Wednesday, September 9, 2009

BISKUT RAYA

Memandangkan tak lama lagi nak menyambut 1 syawal merayakan kemenangan kita dah sebulan berpuasa. Slurpppp.. nak makan siang la pulak. Buat Biskut sikit untuk tetamu2 yang berkunjung / ziarah ke rumah. Kesian pulak... tak kan nak hidangkan biskut lemak aje kan? Ada rezeki Allah beri tu... buat ler sikit2 apa yang patut. Kalu nak mengorder buleh jugek.. cover juga duit beli barang2 ramuan biskut raya. hehehe. Lepas juga duit baju raya, duit raya, belanja balik kg beraya.


BISKUT DRAGON BALL atau Bola Naga
Orang Timur Tengah selalu sebut "Halwa" lemak2 manis melekat digigi. Ramuan minyak sapi, pitachio tumbuk.





BUTTERFLY COOKIES. Biskut rama2. Bila makan mesti rasa macam nak terbang hehehe. Rasa capucino.





BISKUT TART. Biasa la.. same je.. rasa je lain2. Jenama tepung, butter, cara penyediaan inti. tu je beza dia.






BISKUT MAMA CARRIE (Putih)
BISKUT PAPA CARRIE (hitam)
BISKUT GAJUS
BISKUT AIS CREAM





Kadang2 biskut2 ni nampak buruk, hodoh, tak semenggah.... tapi bila rasa fullamakkkk sedap!!!!!
Ada tu pula nampak cantik, berselera, meliurkan.... tapi bila makan, pelahan2 cari dinding ludah dalam tissu.
Begitu la kirakiranya yak!!!. Rasa tak sama seperti yang kita lihat .... hehehe macam atuk2 becakap pulak... ada makna tu!!!

BISKUT BUAH-BUAHAN






Monday, August 24, 2009

Masak Lemak Chili api - asas cili api(burung), kunyit hidup, santan fresh, garam kasar


Ikan parang bersama petai








Gulai Daun Kayu
Hiris pucuk ubi, pucuk labu, daun kaduk, serai, daun kunyit, isi petai, isi durian





Masak Lemak Labu





Udang pucuk pegaga






Udang dan rebung manis









Ikan makerel dan belimbing buluh

Rendang Negeri Sembilan

RENDANG PEGAGA
(Seperti juga daun maman, pucuk ubi, pucuk paku pinang dll)








Rendang ayam Daun puding








Ketupat Daun Palas

Sunday, August 2, 2009

Monday, July 27, 2009

WAJIK, DODOL, WAJIK SIRAT


Wajik Asli menggunakan bahan manisan dari sumber air Nira Enau, Nira Kelapa serta madu lebah asli.

Dodol (Penganan) dan
Wajik Sirat (Kueh Sirat)








Boleh di dapati di sini:
Aneka jenis dadih
Dadih buah buahan
Dadih air kelapa dan isi (Dadih janda pulang)
Dadih kelapa laut
juga dengan berbagai2 perisa


Sunday, July 5, 2009

PULUT KUNING

Pulut kuning merupakan sajian istimewa masyarakat melayu zaman dahulu. Pulut yang direndam bersama air kunyit menjadikan warnanya berubah. Pada masa dahulu, kunyit merupakan salah satu bahan pewarna yang mudah di perolehi.. Pulut Kuning biasanya dimakan bersama rendang / gulai ayam, daging atau sambal tumis pada hari-hari istimewa, seperti hari perkahwinan, dan lain-lain majlis keramaian.

Dalam teks Sejarah Melayu, warna kuning melambangkan warna diraja. Pulut kuning dimuliakan dan mendapat tempat dalam Masyarakat Melayu. Menjadi makanan kemestian bagi upacara menyembah ancak, tetapi kini tidak dilakukan lagi. Pulut kuning juga mempunyai hubungan ritual keagamaan serta pengubatan dalam budaya masyarakat Melayu dahulu.

Di dalam majlis perkahwinan, ‘bunga pahar’ iaitu bunga telur yang di cucuk di atas pulut dan di hias di pelamin melambangkan pengantin begitu di hormati sesuai dengan gelaran “raja” sehari. Dalam upacara ritual keagamaan seperti majlis berkhatam al-Qur’an, berkhatan, cukur rambut, dan sebagainya. Pemberian Pulut kuning menjadi suatu kelaziman kepada tetamu sebagai buah tangan juga tanda penghargaan tuan rumah serta menyampaikan ucapan terima kasih. Tanpa pemberian pulut kuning, majlis tersebut akan hilang serinya.
Pulut Kuning juga di gunakan oleh bomoh, pawang atau dukun dalam upacara pengubatan tradisional sebagai ‘pengeras’, dan sebagai hidangan juga untuk berhubung dengan makhlukh dari alam lain. Bahan seperti telur, limau nipis, dan sebagainya turut di senaraikan bersama. Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang mana banyak membawa keburukan dari kebaikan.
Arus pemodenan telah mengubah cara hidup masyarakat kota menyebabkan Pulut Kuning makin lama makin di lupai oleh generasi masa kini. Kesimpulannya, pulut kuning boleh memainkan peranan yang besar dalam mengembalikan semula semangat hidup bermasyarakat di kalangan orang melayu yang kini semakin pupus, terutamanya di bandar.